Mission News

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H, 4 Jun 2019

05 June 2019 1 views

Kedutaan Besar Malaysia, Dublin telah menganjurkan Sambutan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 4 Jun 2019 bersamaan 1 Syawal 1440H di Malaysia Hall, Dublin. Program ini merupakan acara tahunan yang diraikan secara sederhana di Ireland.

Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia di Ireland untuk meraikan kedatangan bulan Syawal selepas menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan, program ini turut bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat di antara pihak Kedutaan Besar dan rakyat Malaysia di Ireland.  Program ini juga turut membuka ruang kepada semua warga Malaysia dan Ireland tanpa mengira bangsa dan agama berkongsi kegembiraan selain mengembangkan hubungan akrab dan menanamkan sifat keterbukaan di antara satu sama lain.

Seramai lebih 200 orang rakyat Malaysia berbilang kaum telah hadir ke majlis sambutan Aidilfitri yang telah diadakan sepanjang hari tersebut.

Share:
Link copied to clipboard
Back