Mission News

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017, 25 Jun 2017

04 July 2017 1 views

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 25 Jun 2017 bersamaan 1 Syawal 1438H di dua buah (2) lokasi berbeza iaitu pada sebelah pagi bertempat di Malaysia Hall Dublin manakala di sebelah petang bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar (Rumah Malaysia).

 

Program ini merupakan acara tahunan yang diraikan secara sederhana di Ireland. Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia di Ireland untuk meraikan kedatangan bulan Syawal selepas menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan,   program ini turut bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat di antara pihak Kedutaan Besar dan rakyat Malaysia di Ireland.  Program ini juga turut membuka ruang kepada semua warga Malaysia dan Ireland tanpa mengira bangsa dan agama berkongsi kegembiraan selain mengembangkan hubungan akrab dan menanamkan sifat keterbukaan di antara satu sama lain.

 

Seramai lebih 250 orang rakyat Malaysia berbilang kaun termasuk warga Ireland telah hadir ke majlis sambutan Aidilfitri yang telah diadakan sepanjang hari tersebut.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back