Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 16 Jun 2018 bersamaan 2 Syawal 1439H di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Ireland (Rumah Malaysia).
Program ini merupakan acara tahunan yang diraikan secara sederhana di Ireland. Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia di Ireland dan para pelajar Malaysia untuk meraikan kedatangan bulan Syawal selepas menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan, program ini turut bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat di antara pihak Kedutaan Besar dan rakyat Malaysia di Ireland. Program ini juga turut membuka ruang kepada semua warga Malaysia dan Ireland tanpa mengira bangsa dan agama berkongsi kegembiraan selain mengembangkan hubungan akrab dan menanamkan sifat keterbukaan di antara satu sama lain.
Majlis yang dihoskan oleh PYT Ambassador Siti Hajjar Adnin tersebut menyaksikan seramai lebih 300 orang rakyat Malaysia berbilang kaum termasuk warga Ireland telah hadir bagi memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri yang telah diadakan sepanjang hari tersebut.