Mission News

Malam Mesra Kedutaan Besar Malaysia Dublin bersama Pelajar Malaysia, 16 Disember 2017

18 December 2017 1 views

MARA Ireland telah menganjurkan satu Majlis Malam Mesra bagi staf-staf Kedutaan Besar Malaysia, Dublin dan para pelajar tajaan MARA di Dublin, Ireland pada 16 Disember 2017 di Radisson Blu Royal Hotel, Dublin. Disamping merapatkan silaturrahim di antara staf-staf Kedutaan Besar bersama para pelajar, majlis tersebut menyediakan platform bagi Duta Besar Malaysia ke Ireland, PYT Ambassador Siti Hajjar Adnin untuk menyampaikan amanat dan nasihat kepada pelajar terutama yang akan bercuti atau pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian pada Disember 2017.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back