Mission News

NOTIS KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI IRELAND MENGENAI HARI PENGUNDIAN POS DI IRELAND

18 April 2013 1 views

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

DUBLIN, IRELAND

 

 

Notis kepada Semua Warganegara Malaysia di Ireland

 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Dublin ingin memaklumkan kepada semua warganegara Malaysia di Ireland bahawa Hari Pengundian Undi Pos di Luar Negara (penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos) akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh:             28 April 2013 (Ahad)

Masa:              9.00 a.m – 6.00 p.m

Tempat:           Kedutaan Besar Malaysia

   Level 3A-4A Shelbourne House

   Shelbourne Road

   Ballsbridge

   Dublin 4

   Ireland

 

Pada hari mengundi, semua Pengundi Pos dan Pengundi Tidak Hadir hendaklah hadir sendiri di Kedutaan Besar dan mengemukakan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa kepada petugas-petugas SPR. Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos tidak akan diserahkan kepada mereka yang tidak mengemukakan dokumen pengenalan diri. Wakil atau saudara/saudari juga tidak dibenarkan untuk mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu lain.

 

Bagi Pengundi Pos dan Pengundi Tidak Hadir yang mengambil Sampul Keutamaan selepas hari penyerahan atau mengembalikan Sampul selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan penghantaran balik Sampul yang mengandungi Kertas Undi Pos ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya yang berkaitan dengan perbelanjaan sendiri.

 

Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai Pengundi Pos dan Pengundi Tidak Hadir dinasihatkan untuk menyemak status permohonan mereka di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di http://www.spr.gov.my bermula pada 19 April 2013.

 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kedutaan Besar atau Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Dublin

16 April 2013

 

Share:
Link copied to clipboard
Back