Kedutaan Besar Malaysia, Dublin dengan kerjasama Education Malaysia (EM) dan Pejabat MARA Ireland telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal 1433 Hijrah (19 Ogos 2012) bertempat di Malaysia Hall, Dublin.
Lebih 300 orang tetamu terdiri dari warga Kedutaan Besar, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di Ireland telah hadir pada majlis sambutan Aidilfitri tahun ini. Turut hadir ialah beberapa orang warga asing yang merupakan kenalan kepada rakyat Malaysia di sini.
Majlis dimulakan dengan takbir dan solat Aidilfitri pada jam 8.30 pagi. Seterusnya semua jemputan telah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku sebelum menikmati pelbagai juadah Aidilfitri yang disediakan. Pada majlis kali ini tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah Aidilfitri seperti nasi kerabu, sate, nasi himpit, rendang, kuah kacang, biskut raya, kuih muih Melayu dan kek.
In pictures .....