Mission News

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2013 KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, DUBLIN

15 August 2013 1 views

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijrah, Kedutaan Besar Malaysia di Dublin, Ireland telah mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dihoskan oleh TYT Dato’ Ramli Naam, Duta Besar pada 8 Ogos 2013 di Malaysia Hall, Dublin. Majlis tersebut telah dianjurkan dengan kerjasama erat MARA Ireland dan juga Education Malaysia Dublin.

 

Seramai lebih kurang 250 tetamu telah hadir ke majlis tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia di Ireland, rakyat Malaysia yang bermastautin di sini bersama keluarga masing-masing dan juga rakan-rakan tempatan dan dari negara asing.

 

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi didahului dengan laungan takbir dan solat sunat Aidilfitri. TYT Dato’ Ramli Naam juga mengambil kesempatan menyampaikan kata-kata aluan dan mengucapkan selamat hari raya kepada semua tetamu yang hadir. Dalam kata-kata aluannya,  Duta Besar meminta rakyat Malaysia supaya sentiasa menjaga nama baik negara di Ireland, saling bekerjasama dan bantu-membantu serta mengekalkan silaturrahim sesama mereka.

 

Antara juadah yang telah dihidangkan termasuk rendang daging, ayam masak merah, lontong dan kuah kacang serta kuih muih. Dengan majlis tersebut, hubungan silaturrahim di antara Kedutaan Besar dengan rakyat Malaysia di sini dapat dipereratkan lagi dan pada masa yang sama dapat mengubat rindu rakyat Malaysia terutamanya para pelajar pada masakan Malaysia dan juga suasana hari raya di kampung halaman. Majlis berakhir pada jam 4.00 petang.

 

 

in pictures.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back