Kedutaan Besar Malaysia di Dublin, Ireland ingin memaklumkan bahawa Masjid Clonskeagh, Dublin dan Islamic Cultural Centre of Ireland telah mengesahkan bahawa umat Islam dibawah kariah masjid berkenaan akan mula menyambut 1 Ramadhan dan mengerjakan ibadah puasa pada 1 Mac 2025. Kedutaan Besar Malaysia dengan ini ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakyat Malaysia khususnya di Ireland dan semua umat Islam di seluruh dunia. Antara aktiviti-aktiviti Kedutaan di sepanjang bulan Ramadhan yang telah dirancang adalah seperti berikut:
- Bazaar Ramadhan anjuran Kedutaan Besar Malaysia pada 16 Mac 2025
-Bazaar Ramadahan di Kampung Lucan pada 23 Mac 2025
