Mission News

SAMBUTAN AIDILADHA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DUBLIN

10 November 2011 1 views

Pada hari Ahad, 7 November 2011, Kedutaan Besar Malaysia di Dublin telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia Hall, Dublin dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Lebih kurang 800 orang tetamu yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia dari sekitar Ireland hadir meraikan Aidiladha pada tahun ini. Selepas sama-sama bertakbir dan menunaikan solat Aidiladha, para hadirin diperdengarkan khutbah yang disampaikan oleh seorang pelajar pasca-siswazah di Dublin.

 

Sambutan ringkas Aidiladha pada tahun ini didahului dengan ucapan oleh TYT Duta Besar, Dato’ Ramli Naam yang menekankan konsep berkorban dan bersyukur kepada rakyat Malaysia beragama Islam di Ireland.

 

Tetamu-tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan juadah-juadah hari raya seperti nasi minyak, ayam masak merah, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging dan kuih-muih yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN Dublin.

 

 


in pictures......

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back