Mission News

SAMBUTAN AIDILADHA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DUBLIN

30 October 2012 1 views

Pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012, Kedutaan Besar Malaysia di Dublin telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia Hall, Dublin dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Lebih kurang 600 orang tetamu yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia serta rakan-rakan pelajar antarabangsa dari sekitar Ireland hadir meraikan Aidiladha pada tahun ini. Selepas sama-sama bertakbir dan menunaikan solat Aidiladha, para hadirin mendengar ucapan dari TYT Duta Besar, Dato’ Ramli Naam yang menekankan mengenai kepentingan nilai-nilai pengorbanan untuk agama, bangsa dan negara serta bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

 

Tetamu-tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan juadah-juadah hari raya seperti nasi lemak, nasi himpit, lontong, kuah kacang, rendang daging dan kuih-muih yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN Dublin.

 

 

in pictures.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back