Kedutaan Besar Malaysia, Dublin telah menganjurkan Sambutan Hari Malaysia dan Hari Sukan Negara secara serentak pada 7 Oktober 2017 di Malaysia Hall, Dublin. Sambutan ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi memupuk semangat cintakan Malaysia disamping menggalakkan budaya bersukan dikalangan rakyat Malaysia.
Diantara aktiviti yang telah berlangsung adalah seperti berikut:
- Aktiviti berbasikal oleh pasukan KEMBARA Ireland sejauh 75km. Aktiviti akan berakhir di Malaysia Hall, Dublin;
- Aktiviti mewarna Jalur Gemilang dan simbol-simbol kenegaraan bagi kanak-kanak di bawah 8 tahun;
- Kuiz mengenai Malaysia bagi kanak-kanak di bawah umur 8 tahun;
- Akiviti Brisk Walking di sekitar kawasan Malaysia Hall, Dublin sejauh 2.6km yang diketuai oleh PYT Duta Besar Malaysia ke Ireland; dan
- Senam Robik.