Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) yang diketuai oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Aziz Jamaludin telah mengadakan lawatan ke Dublin pada 11 – 15 April 2012. Program rasmi bermula dengan kunjungan hormat ke atas TYT Duta Besar di pejabat Kedutaan Besar Malaysia pada 12 April 2012.
Pada 14 April 2012, YADIM telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Profesional Muslim 1Malaysia yang diadakan di Malaysia Hall Dublin. Lebih kurang 70 orang hadirin yang terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia telah menghadiri seminar tersebut. Program bertajuk Wasatiyyah di dalam konteks Islam dan semangat 1 Malaysia ini dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Ireland, Dato’ Ramli Naam. Seminar tersebut terbahagi kepada tiga sesi iaitu “ Peranan & Tanggungjawab Profesional Muslim dari pandangan Islam”, “1 Malaysia daripada perspektif Islam” dan “Isu semasa”. Program seharian berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.
in pictures.....