NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI REPUBLIK IRAQ
Rentetan perkembangan terkini di rantau ini, Rakyat Malaysia yang berada di Iraq disaran untuk terus peka mengikuti perkembangan semasa dan mendapatkan maklumat hanya daripada sumber-sumber sahih, termasuk pengumuman rasmi pihak berkuasa Iraq dan Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad.
Elakkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan.
Rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar dengan Kedutaan, pendaftaran boleh dibuat melalui sistem e-Konsular di pautan berikut:
https://ekonsular.kln.gov.my/login
Sekiranya memerlukan bantuan konsular, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia melalui:
Tel: +9647878598775 / +9647890909125 (kecemasan sahaja)
Emel: mwbaghdad@kln.gov.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
Baghdad, Iraq
28 Februari 2026