Other Consular Information
VISA APPLICATION TO MALAYSIA
The following documents are required for application of an entry visa:
1. Completed visa form (Please refer to the front page at Download section).
The visa form - IM.47-Pin 1/97 should be printed on both side of an A4 paper
2. Passport or travel document with minimum validity of six (6) months
3. Two (2) recent passport-sized photographs
4. Reservation of return air-ticket
5. Reservation of accomodation in Malaysia
6. Original permit of stay (Carta di Identita) in Italy
7. Visa fees according to the citizenship (please contact the Consular Section)
The process of visa takes three (3) working day provided that all documents are in order.
PENDAFTARAN PEMILIH BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
| Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH) . |
Ia tertakluk kepada jika mereka adalah daripada kalangan berikut:
(a) penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;
(b) pasangan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;
(c) pelajar yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak; atau
(d) pasangan kepada yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak.
Walau bagaimanapun bagi mana-mana warganegara Malaysia yang berada di luar negara tetapi tidak layak untuk mendaftar sebagai PTH masih boleh mendaftar sebagai pengundi biasa. Bagi tujuan membantu SPR dalam urusan pendaftaran pemilih di luar negara ini, SPR telah melantik Penolong Pendaftar Pemilih di semua pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Semua warganegara Malaysia yang berada di luar negara yang hendak mendaftar sebagai PTH atau pengundi biasa boleh mengemukakan permohonan pendaftaran melalui Penolong Pendaftar Pemilih yang telah dilantik. Untuk memberi kemudahan pendaftaran kepada semua warganegara Malaysia di luar negara yang termasuk para pelajar yang tinggal jauh daripada pejabat perwakilan Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih, SPR menyediakan kemudahan untuk memuat turun Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih) dan Lampiran Maklumat Tambahan (alamat dan status di luar negara) daripada laman web SPR.
Borang A dan Lampiran Maklumat ini hendaklah diisi dan disertakan dengan salinan MyKad atau salinan pasport antarabangsa dan salinan kad pelajar dan dihantar kepada Penolong Pendaftar Pemilih ini melalui pos, faks atau e-mel kepada Penolong Pendaftar Pemilih di pejabat perwakilan yang berkenaan.
Penolong Pendaftar Pemilih yang telah menerima Borang A serta dokumen yang disertakan akan menghantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.