Pejabat Pendidikan Malaysia Jordan dan Kedutaan Besar Malaysia telah menyertai Pameran Antarabangsa Warisan & Budaya yang dianjurkan oleh Universiti Mu’tah pada 17 Mei 2026. Acara ini yang disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia dan pelajar asing bertujuan meraikan kepelbagaian budaya, warisan, dan persahabatan antarabangsa melalui pameran tradisi, kreativiti, dan identiti budaya dari seluruh dunia.
Ia merupakan peluang terbaik untuk mengetengahkan budaya Malaysia serta mengeratkan hubungan antara komuniti pelajar dalam suasana akademik yang berbilang budaya.

