Travel Advisory
Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan ingin memaklumkan bahawa semua operasi pejabat-pejabat Kerajaan, premis perniagaan dan aktiviti sosial di Jordan adalah berjalan seperti biasa. Sehubungan ini, semua rakyat Malaysia tiada halangan untuk melakukan perjalanan dan melaksanakan apa jua aktiviti di Jordan tanpa sekatan.
Sekiranya memerlukan bantuan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan seperti berikut:
Kedutaan Besar Malaysia
No.5, Hassan Al Kayed Street
Off Abai Street, Abdoun
P.O. Box 5351 Amman 11183
E-mel: mwamman@kln.gov.my
Tel: +962.78590.2400 (Pegawai Bertugas)
11 Mac 2025