Mission News

BANTUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN DI DUA SEKOLAH DI KITUI COUNTY

12 June 2024 1 views

BANTUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN DI DUA SEKOLAH DI KITUI COUNTY

 

10 Jun 2024: TYT Ruzaimi Mohamad dan Cik Fatin Zafirah Haris, Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Kenya menghadiri program yang dianjurkan bersama Yayasan Together for Better di dua buah sekolah iaitu AIC Kyondoni Primary School dan AIC Kyondoni Secondary Girls School dalam Kitui County, lebih kurang 180 km dari Nairobi. Penganjuran program tersebut bertujuan membantu pelajar-pelajar perempuan dari keluarga miskin perkara berkaitan penjagaan kebersihan terutama yang berkaitan peredaran haid dan kesihatan diri mereka. Pelajar-pelajar sekolah tersebut telah diberikan tuala wanita yang boleh diguna semula yang amat diperlukan oleh mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang miskin, separa kontang dan sangat sukar bagi mereka mendapatkan tuala wanita.

 

     

   

    

Share:
Link copied to clipboard
Back