SAMBUTAN TAHUN BARU CHINA WARGA MALAYSIA DI NAIROBI
Sabtu, 10 Februari 2024: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya TYT Ruzaimi MW Nairobi memeriahkan sambutan Tahun Baru China di rumah dua warga Malaysia iaitu Dato' Seri Maimunah Mohd Shariff dan Puan Bee Jones yang menganjurkan jamuan bagi memeriahkan sambutan perayaan tersebut.
Jamuan itu turut dihadiri pegawai-pegawai dan beberapa ahli keluarga Suruhanjaya Tinggi Malaysia serta Duta, diplomat dan kenalan rapat dari pelbagai negara yang tinggal atau bekerja di Kenya.
Majlis tersebut memberi peluang kepada para tetamu negara lain tentang budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan sama-sama memeriahkan perayaan kaum lain yang merupakan amalan yang amat berkesan untuk meningkatkan perpaduan dan kecintaan kepada negara.
Ahli-ahli PERWAKILAN di Nairobi turut sama memeriahkan majlis dengan menyediakan beberapa jenis juadah yang dihidangkan kepada para tetamu.
CHINESE NEW YEAR CELEBRATION IN NAIROBI
Saturday, 10 Feb 2024: H.E. Ruzaimi Mohamad with all officials of the High Commission of Malaysia in Nairobi celebrated Chinese New Year at the residence of two Malaysians who hosted receptions for the celebration.
The receptions were also attended by some diplomats and friends of different countries. The event gave the opportunity for non-Malaysians invitees to experience unique Malaysian culture where all races celebrate together special festival of other races which helps in uniting the people and enhancing their love for the country.
Members of PERWAKILAN Nairobi, the Ladies Association of the High Commission also made the event more memorable by preparing some Malaysian dishes to be enjoyed by the invitees.


