KUNJUNGAN YB NIK NAZMI KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NAIROBI
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, pegawai-pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi meraikan kehadiran YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam bersama dengan beberapa pegawai Kementerian tersebut. Beliau beramah mesra dengan mereka dan dijamu dengan makanan Malaysia and Kenya seperti ayam masak lemak, udang goreng kunyit, ulam-ulaman, nyama choma (daging panggang), ugali, sayur sukuma, chapati, bubur pulut hitam, teh tarik dan jus herba. Turut hadir semasa majlis makan tengahari tersebut adalah Dr Manish Shah, seorang ahli perniagaan Kenya yang berjaya dan merupakan pencinta alam sekitar yang berusaha menanam pelbagai jenis pokok-pokok sebagai sumbangan beliau untuk meningkatkan kualiti alam sekitar.
HON. NIK NAZMI VISITED HIGH COMMISSION OF MALAYSIA IN NAIROBI
On Wednesday, 28 February 2024, the High Commissioner, officers and staff of the High Commission were delighted to receive Hon. Nik Nazmi Nik Ahmad, Malaysian Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. He spent some time mingling with the officers and staff. He and some other officials from his Ministry were served lunch prepared by the members of Perwakilan (Ladies Association) and local staff. Among the menu were Malaysian and Kenyan dishes like ayam masak lemak, udang goreng kunyit, ulam-ulaman, nyama choma (grilled meat), ugali, sukuma, chapati, bubur pulut hitam, teh tarik and herbal juice. The lunch reception was also attended by Dr Manish Shah, a successful businessman and an environmentalist who plants various kind of trees in Kenya to improve the quality of the environment.

