Mission News

LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA MALAYSIAN PALM OIL FORUM – EAST AFRICA 2023

18 July 2023 1 views

Pada Selasa, 4 Julai 2023, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Malaysia telah merasmikan Malaysian Palm Oil Forum – East Africa Region 2023 yang dianjurkan di Hotel Villa Rosa Kempinski, Nairobi, Kenya.

Forum ini diadakan untuk meneroka potensi pengembangan eksport minyak sawit di pasaran Afrika Timur. Forum ini juga merupakan platform untuk mempamerkan kepakaran dan pengalaman Malaysia dalam industri minyak sawit terutamanya untuk minyak masak serta mewujudkan peluang kerjasama dengan Kenya dan negara-negara di rantau Afrika Timur dan termasuk juga Afrika Tengah. Dianggarkan 300 peserta menghadiri forum tersebut dan mereka terdiri daripada pemain-pemain industri, pegawai-pegawai Kerajaan, pemegang taruh, pelabur, pelajar universiti dan juga pedagang-pedagang di bidang perniagaan minyak masak, produk makanan, produk cucian dan lain-lain.

*********************************************************************************

On Tuesday, 4 July 2023, the Deputy Prime Minister of Malaysia, Honourable Dato Sri Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, officiated the Malaysian Palm Oil Forum – East Africa Region 2023, at Villa Rosa Kempinski Hotel, Nairobi, Kenya.

The forum was organised to share Malaysia’s experience and expertise in the palm oil industry which was mostly to cater for cooking oil market. The forum was also a platform to forge good relation and cooperation with industry players in the East and Central African region. The forum was attended by about 300 participants which include investors, government officers, university students, stakeholders and traders for cooking oil, food products, cleaning products, etc.

 

                                                                            

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back