LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PETRONAS DARI JUBA, SOUTH SUDAN
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi telah menerima kunjungan empat orang pegawai-pegawai kanan Petronas yang berpangkalan di Juba, South Sudan. Mereka membuat kunjungan ke Nairobi pada 2-4 Januari 2024 dengan diketuai oleh Encik Syed Faiz yang merupakan Pengurus Kanan (Produksi & Operasi) di South Sudan.
Kunjungan mereka ke Nairobi antara lainnya adalah untuk bertemu dengan TYT Ruzaimi Mohamad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kenya bagi memaklumkan dan membincangkan perkembangan terkini pelaburan dan aktiviti Petronas di South Sudan. Dalam pertemuan tersebut pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk cabaran-cabaran terkini yang di hadapi, isu keselamatan, penglibatan syarikat-syarikat serta rakyat Malaysia yang memberikan pelbagai perkhidmatan berkaitan kerja-kerja carigali minyak dan gas di South Sudan. Semasa di Nairobi mereka juga turut melawat pusat perubatan utama di Nairobi bagi mendapatkan maklumat berkaitan rawatan perubatan dan khidmat pakar yang ditawarkan. Nairobi adalah bandar yang terdekat dari Juba yang boleh menawarkan berbagai rawatan yang memerlukan khidmat doktor pakar.
Pada hari Selasa, 2 Januari 2024, mereka diundang oleh TYT Ruzaimi untuk menikmati jamuan makan malam di Kediaman Rasmi beliau.
COURTESY CALL AND DINNER WITH SENIOR PETRONAS OFFICERS BASED IN JUBA, SOUTH SUDAN
The High Commission of Malaysia in Nairobi received four Petronas senior officers who are based in Juba, South Sudan. The group, led by Mr Syed Faiz who is the Senior Manager (Production & Operations) was in Nairobi from 2 until 4 of January 2024.
There are in Nairobi to meet the High Commissioner during which they provided the latest update and discussed with the High Commissioner current investment and activities by Petronas in South Sudan such as the challenges faced, security, involvement of Malaysian companies and Malaysian individuals who provide various services related to oil and gas businesses in South Sudan. They also visited the main medical centre in Nairobi to gather information on medical facilities and services available in Nairobi which is known to be the nearest city in the region that can offer various medical treatments that need to be attended by experience doctors or specialists.
The High Commissioner hosted them a dinner at the Residence on Tuesday, 2 January 2024.
