Mission News

Majlis Ramah Mesra YB Nga Kor Ming Bersama Rakyat Malaysia, 5 Jun 2023

30 June 2023 1 views

Majlis Ramah Mesra YB Nga Kor Ming Bersama Rakyat Malaysia, 5 Jun 2023  

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia (SJTM) di Kenya telah menganjurkan satu majlis jamuan makan malam pada Isnin, 5 Jun 2023 di Hotel Trademark, Nairobi yang juga merupakan Majlis Ramah Mesra bersama YB Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang berada di Kenya untuk menghadiri UN-Habitat Assembly

Seramai 50 orang warga Malaysia telah menghadiri majlis tersebut yang bertujuan utuk memberi peluang kepada warga Malaysia yang tinggal atau bekerja di Kenya bertemu dan mengeratkan hubungan sesama mereka selain mengenali dengan lebih dekat YB Nga Kor Ming.

Dalam ucapan beliau kepada para hadirin, YB Menteri telah memberikan perkembangan terkini di tanah air terutamanya berkaitan pimpinan Kerajaan di bawah Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga berkongsi secara ringkas pengalaman beliau menghadiri sesi UN-Habitat Assembly yang pertama kali dihadiri oleh beliau yang memberi peluang beliau untuk memberikan pandangan serta pengalaman Malaysia dalam bidang pembangunan perbandaran serta perumahan mampu milik.

Para hadirin ternyata amat gembira kerana program tersebut telah memberi mereka peluang bertemu serta mengenali salah seorang pemimpin negara secara dekat dan penuh kemesraan.

 

*****************************************************************************

Dinner with Hon. Nga Kor Ming and Malaysians in Kenya, 5 June 2023

 

The High Commission of Malaysia in Kenya hosted a special dinner at Trademark Hotel, Nairobi on Monday 5 June 2023. Attended by Hon. Nga Kor Ming, the Minister for Local Government Development who was in Kenya to attend the UN-Habitat Assembly, the dinner was hosted to give the opportunity for Malaysians to meet and to know the Honorable Minister better while forging better relations with other Malaysians who work or live in Kenya.

In his speech, the Honorable Minister shared the latest update in Malaysia especially on current government under the leadership of the Prime Minister, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. He also talked about UN-Habitat Assembly which he attended for the first time that enabled him to share Malaysia’s views and experiences on urban development and affordable housing projects.

About 50 Malaysians who attended the dinner were very happy as the programme gave them the opportunity to meet closely one of the Ministers of the country who was very friendly.  

 

                       

 

                          

Share:
Link copied to clipboard
Back