Mission News

Program Mendampingi Rakyat Malaysia 2014

09 September 2014 1 views

 

Pada 16 Ogos 2014, satu majlis pertemuan telah diadakan diantara TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia bersama rakyat Malaysia, komuniti ASEAN dan anggota diplomatik di Nairobi, Kenya.


2.         Antara objektif program adalah seperti berikut:


 

2.1 Memaklumkan mengenai perkembangan terkini isu-isu semasa termasuk tragedi MH370, MH17 dan pelaksanaan GST serta penerangan mengenai agenda dan program pembangunan Kerajaan yang terkini.  


2.2 Mengemaskini maklumat berkaitan rakyat Malaysia di Afrika Timur;

 

2.3 Memaklumkan mengenai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi wabak Ebola yang boleh turut menular ke rantau Afrika Timur; dan

 

2.4 Mempererat hubungan sesama rakyat Malaysia dan antara rakyat Malaysia dengan komuniti ASEAN di Nairobi

 

3.        Seramai 56 orang rakyat Malaysia dan 24 warga bukan Malaysia telah menghadiri program tersebut yang berakhir pada jam 4.00 petang.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back