Mission News

SAMBUTAN HARI MALAYSIA SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NAIROBI 17 SEPTEMBER 2023

29 September 2023 1 views

SAMBUTAN HARI MALAYSIA SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NAIROBI 17 SEPTEMBER 2023

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Kenya telah menganjurkan Sambutan Hari Malaysia pada hari Ahad, 17 September 2023. Sambutan ini berlangsung di Sigona Golf Club, Kikuyu, Kenya bermula pada jam 6.15 pagi. Program dimulakan dengan sukan golf dimana seramai 72 pemain yang terdiri daripada para Duta serta diplomat pelbagai negara, pegawai-pegawai kanan dan agensi-agensi penting Kerajaan Kenya,  beberapa syarikat utama tempatan, syarikat multinasional yang terkemuka dan rakyat Malaysia yang berada di Kenya.

 

Setelah sukan golf selesai, program diteruskan dengan program sambutan Hari Malaysia dengan resepsi jamuan makan tengahari.  Resepsi tersebut telah dihadiri lebih daripada 250 tetamu. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Menteri Hal Ehwal Belia, Sukan dan Kesenian, Ababu Namwamba.

 

Resepsi jamuan makan tengahari Hari Malaysia tersebut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional serta nyanyian lagu “Saya Anak Malaysia” oleh anak-anak warga Malaysia, pameran produk kraftangan, serta promosi pelancongan. Turut dipromosikan adalah pencalonan Malaysia yang berhasrat menjadi ahli International Maritime Organisation Council bagi tempoh 2024-2025 serta usaha untuk melanjutkan tempoh jawatan YBhg Dato’ Seri Maimunah Mohd Sharif sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat sehingga Januari 2026.

 

Produk buatan Malaysia turut dipromosikan iaitu MacCoffee, jenama teh dan kopi buatan Malaysia yang popular di kalangan pengguna di Kenya.

 

Menteri Hal Ehwal Belia, Sukan dan Kesenian Menteri Sukan, Ababu Namwamba telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

 

Resepsi jamuan makan tengahari Hari Malaysia tambah meriah apabila para tetamu berpeluang memenangi hadiah-hadian cabutan bertuah. Hadiah-hadiah bagi cabutan bertuah tersebut telah disediakan oleh syarikat-syarikat utama di Kenya yang memasarkan produk buatan Malaysia.

 

Untuk makan tengahari, para tetamu tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah Malaysia seperti sate, nasi impit bersama kuah kacang, nasi goreng, ayam goreng berempah, daging goreng kunyit, kari ikan, capati dan kek sarang semut. Tetamu turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu patriotik serta tayangan klip video dari Tourism Malaysia bagi mempromosikan produk pelancongan Malaysia.

 

Program ini telah memberi peluang kepada para tetamu untuk berkenalan serta merapatkan hubungan dengan ahli-ahli perniagaan, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Kenya, para Duta Besar dan diplomat asing.

 

                

 Duta Besar Indonesia (baju merah) turut menyertai program golf “Malaysia Day Golf Game”. 

 

               

  Antara ahli-ahli perniagaan Kenya yang menyertai program golf “Malaysia Day Golf Game”. 

 

               

 Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, TYT Ruzaimi Mohamad menyambut ketibaan Menteri Belia, Sukan dan Seni Kenya, Ababu Namwamba ke lokasi majlis resepsi jamuan makan tengahari.

 

               

 Menteri Belia, Sukan dan Seni Kenya, Ababu Namwamba dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, TYT Ruzaimi Mohamad bergambar dengan kereta buatan Malaysia PROTON X70 dan Proton Saga yang dipamerkan di tempat program dianjurkan, Sigona Golf Club.

 

               

  Anak-anak warga Malaysia yang menyanyikan lagu Kebangsaan dan memberikan persembahan tarian tradisional.

 

              

 Menteri Belia, Sukan dan Seni Kenya, Ababu Namwamba menyampaikan ucapan.

 

              

            Menteri Belia, Sukan dan Seni Kenya, Ababu Namwamba menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

 

             

  Antara para Duta Besar dan tetamu yang hadir semasa resepsi jamuan makan tengahari.

 

            

  Beberapa orang tetamu mengambil makanan yang dihidangkan.

Share:
Link copied to clipboard
Back