Mission News

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU 2012 DAN TAHUN BARU CINA

12 February 2012 1 views

Majlis Rumah Terbuka bersempena dengan Sambutan Tahun Baru 2012 dan Tahun Baru Cina telah dihoskan oleh TYT Azmi Zainuddin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka di Rumah Malaysia pada 12 Februari 2012. 

Seramai 60 warga Malaysia yang menetap di Sri Lanka telah berkunjung ke Rumah Malaysia untuk bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru 2012 dan Tahun Baru Cina yang julung kali diadakan ini.

Semua tetamu telah dihidangkan makanan tradisi Malaysia yang disediakan oleh PERWAKILAN Colombo seperti rendang ayam, daging masak kicap, sayur ‘lohan’, sambal udang dan bubur kacang.

Majlis seperti ini memberi peluang untuk menjalin hubungan baik di antara rakyat Malaysia di Sri Lanka yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama serta memupuk semangat 1Malaysia.  Majlis ini juga bertujuan mengeratkan jalinan silaturrahim di antara warga Malaysia di Sri Lanka di samping memberi peluang untuk mereka bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan socio-ekonomi dan politik tempatan.

 

 

 

  

 

Share:
Link copied to clipboard
Back