Mission News

PENGUMUMAN

22 April 2013 1 views

 

Kepada Rakyat Malaysia yang telah memohon dan layak untuk mengundi melalui pos di Sri Lanka, Kaunter Penyerahan Sampul Keutamaan akan dibuka pada ketetapan seperti yang berikut:
 
Tarikh              :           28 April 2013 (Ahad)
Masa               :           9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat            :           Suruhanjaya Tinggi Malaysia
                                  No. 33, Bagatalle Road, Colombo 03
                                  Democratic Socialist Republic of Sri Lanka
No. Telefon     :           +9411-755 7711/2/3
No. Faks         :           +9411-755 7714
Emel              :           malcolombo@kln.gov.my
 
Pengundi yang layak hendaklah hadir ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo dengan membawa bersama salah satu dokumen pengenalan diri seperti yang berikut:
 
            i)   Kad Pengenalan (MyKad); atau
            ii) Pasport Antarabangsa
 
Adalah diingatkan bahawa Sampul Keutamaan TIDAK akan diserahkan sekiranya pengundi yang layak tidak membawa dokumen pengenalan diri tersebut. Wakil, ahli keluarga atau saudara-mara juga TIDAK dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu yang lain.
 
Karung Khas SPR ada disediakan untuk pengundi memasukkan Sampul B yang akan dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing. Sekiranya Sampul Keutamaan diambil selepas hari penyerahan atau Sampul B dikembalikan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, pengundi dikehendaki menguruskan sendiri urusan penghantaran balik ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkaitan dengan perbelanjaan sendiri.
 
Sekian, dimaklumkan.
 
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka
COLOMBO
22 April 2013.
                       
Share:
Link copied to clipboard
Back