AKTIVITI KEDUA
SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA
DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO
HARI SUKANEKA KEDUTAAN 2019
PADA 19 OKTOBER 2019
Pada 19 Oktober 2019, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan Hari Sukaneka Kedutaan bersempena dengan kehadiran Bulan Sukan Negara 2019. Program yang dianjurkan ini merupakan Aktiviti Kedua daripada tiga (3) aktiviti yang telah dirancang oleh Kedutaan bagi memeriahkan Bulan Sukan Negara di Mexico. Seramai kira-kira enam puluh (60) orang termasuk kakitangan Kedutaan dan warga Malaysia telah hadir ke acara Sukaneka Kedutaan. Acara yang bermula pada jam 10.30 pagi ini juga dimeriahkan dengan kehadiran TYT Duta Besar Malaysia di Mexico City dan keluarga. TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa telah turut memberikan ucapan alu-aluan sekaligus merasmikan Hari Sukaneka Kedutaan tahun 2019.
Satu sesi memanaskan badan telah diadakan sebelum peserta-peserta dibahagikan kepada empat (4) pasukan bagi mewakili kumpulan masing-masing dalam acara-acara yang dipertandingkan. Untuk tahun ini, acara-acara yang dianjurkan merangkumi acara lari dalam guni, three-legged race, wheel-barrow race, passing the flour to the back dan acara kerusi berirama (kategori kanak-kanak, kategori lelaki dewasa dan kategori wanita dewasa).
Bagi tahun ini, Hari Sukaneka Kedutaan telah dimenangi oleh Kumpulan Tiga yang diketuai oleh Encik Razzuan Huri, Setiausaha Ketiga Kedutaan. Sesi penyampaian hadiah telah diadakan sebelum program bersurai pada kira-kira jam 2 petang. Pihak Perwakilan Mexico City juga telah menyediakan juadah sarapan dan makan tengahari sepanjang program berlangsung.
Kedutaan Besar Malaysia
Mexico City
MEXICO
22 Oktober 2019
|
|
| TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa memberikan ucapan alu-aluan sekaligus merasmikan Hari Sukaneka Kedutaan 2019 di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico |
|
|
| Acara memanaskan badan yang diketuai oleh Puan Raja Khatijah |
|
|
| Acara Lari Dalam Guni |
|
|
| Acara Wheel-Barrow Race |
|
|
| Acara passing the flour to the back |
|
|
| Acara Three-legged Race |
|
|
| Acara Kerusi Berirama (kategori lelaki) |
|
|
| Acara Kerusi Berirama (Kategori kanak-kanak) |
|
|
| Acara Kerusi Berirama (kategori wanita) |
|
|
| Semua peserta dibahagikan kepada empat kumpulan |
|
|
| Sesi penyampaian hadiah (gambar 1) |
|
|
| Sesi penyampaian hadiah (gambar 2) |
|
|
| Gambar kenang-kenangan Program Hari Sukaneka Kedutaan Tahun 2019 |












