AKTIVITI KETIGA
SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA
DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO
PERTANDINGAN BOWLING BERPASUKAN 2019
PADA 26 OKTOBER 2019
Pada 26 Oktober 2019, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 bagi melengkapkan aktiviti-aktiviti Kedutaan sempena sambutan Bulan Sukan Negara pada tahun ini. Seramai kira-kira lima puluh (50) orang termasuk kakitangan Kedutaan dan warga Malaysia telah hadir ke Pusat Bowling Miyana di Mexico City. Acara yang bermula pada jam 11.00 pagi ini juga dimeriahkan dengan kehadiran TYT Duta Besar Malaysia di Mexico City dan keluarga. TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa turut membuat balingan pertama bagi memulakan pertandingan.
Pertandingan Bowling Berpasukan Kali ini dibahagikan kepada lapan (8) pasukan yang terdiri daripada tiga (3) lelaki dan dua (2) perempuan. Tiga pasukan dengan keseluruhan markah tertinggi dan lapan (8) individu lelaki dan perempuan yang mendapat jatuhan pin tertinggi telah diberikan hadiah dan cenderahati.
Sempena Bulan Sukan Negara pada tahun 2019, Kedutaan telah menganjurkan tiga (3) aktiviti yang telah disertai oleh warga Malaysia yang bermastautin di Mexico, khususnya Mexico City. Selain daripada dapat menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif, aktiviti-aktiviti ini juga telah dapat merapatkan lagi tali silaturrahim antara kakitangan Kedutaan dan diaspora Malaysia di Mexico. Semoga dengan ukhuwah yang terjalin, warga Malaysia akan bersatu hati dan bangga menjadi anak Malaysia walau jauh dari tanahair tercinta.
Kedutaan Besar Malaysia
Mexico City
MEXICO
28 Oktober 2019
|
|
| Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico dan warga Malaysia yang hadir bagi memeriahkan lagi Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 di Mexico City, Mexico |
|
|
| TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan keluarga turut sama memeriahkan pertandingan bowling pada tahun ini |
|
|
| Gambar 1: Sekitar Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 |
|
|
| Gambar 2: Sekitar Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 |
|
|
| Gambar 3: Sekitar Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 |
|
|
| Gambar 4: Sekitar Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 |
|
|
| Tempat Ketiga hadiah berpasukan Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 |
|
|
| Naib Juara hadiah berpasukan Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 |
|
|
| Juara berpasukan Pertandingan Bowling Berpasukan 2019 |
|
|
| Juara Individu (lelaki) dengan jatuhan pin tertinggi, Encik Simon daripada Syarikat SapuraKencana |
|
|
| Juara Individu (wanita) dengan jatuhan pin tertinggi, cik Fariza daripada Syarikat Petronas |










