Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah berjaya mengadakan Jualan Bazar Ramadhan Kedutaan pada 10 Mei 2019. Jualan Bazar Ramadhan tersebut telah disertai oleh Perwakilan Mexico City dan beberapa warga Malaysia yang bermastautin di Mexico City. Pelbagai juadah berbuka puasa, antaranya Nasi Ayam, Ayam Percik, Ikan Bakar, Ikan Pari Masak Pedas, Bubur Lambuk, Daging Dendeng, Murtabak, Roti Jala, Air Sirap Tembikai, Air Lai Chi Kang, dan pelbagai menu menarik seawal jam 5 petang lagi telah disediakan. Dianggarkan kira-kira lima puluh (50) orang pelanggan Bazar Ramadhan Kedutaan telah hadir bagi sama-sama menyerikan suasana bazar.
Sebahagian daripada pelanggan tersebut telah turut sama menunggu di Kedutaan untuk sama-sama berbuka puasa dengan TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan Puan Najwa Zainal. Majlis telah turut diakhiri dengan solat Terawih secara berjemaah di perkarangan Kedutaaan.
Pada keesokan harinya pula (11 Mei 2019), salah sebuah syarikat Malaysia yang beroperasi di Mexico (SapuraKencana Mexicana S.V.) telah berbesar hati untuk menaja Majlis Berbuka Puasa di Kedutaan. Seramai lebih daripada lima puluh (50) orang telah hadir majlis tersebut. Ia turut diserikan dengan kehadiran TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan Puan Najwa Zainal sebagai tetamu kehormat selain daripada kehadiran wakil-wakil kakitangan Kedutaan pada hari tersebut. Majlis turut diakhiri dengan ibadah solat Terawih secara berjemaah.
Sambutan kedua-dua Majlis tersebut adalah salah satu aktiviti-aktiviti yang telah dikenalpasti oleh Kedutaan dalam mengeratkan tali silaturahim sesama warga Malaysia tidak kira bangsa dan agama di Mexico selain daripada merebut peluang melakukan lebih banyak ibadah di bulan yang suci. Semoga ia menjadi tali mengeratkan lagi tali persahabatan yang sudah terjalin antara pihak Kedutaan dan warga diaspora Malaysia di Mexico ini.
Kedutaan Besar Malaysia
Mexico City
MEXICO
13 Mac 2019
|
|
|
Pihak Perwakilan Mexico City sedang melayan pelanggan-pelanggan yang datang bertandang pada Jualan Bazar Ramadhan pada 10 Mei 2019 |
|
|
|
Warga Malaysia di Mexico yang turut sama menjual juadah berbuka puasa pada Jualan Bazar Ramadhan pada 10 Mei 2019 |
|
|
| TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa turut sama hadir pada Jualan Bazar Ramadhan pada 10 Mei 2019 dan sama-sama menunggu waktu berbuka puasa di Kedutaan |
|
|
|
Solat Terawih berjemaah di perkarangan Kedutaan |
|
|
|
Sambutan Majlis Berbuka Puasa yang ditaja oleh syarikat SapuraKencana SV pada 11 Mei 2019 |
|
|
|
Warga Malaysia di Mexico sedang mengambil juada sebelum waktu berbuka tiba |
|
|
|
Antara warga Malaysia yang hadir pada Sambutan Majlis Berbuka Puasa pada 11 Mei 2019 |
|
|
|
´Makan di dalam talam´ - tradisi berbuka puasa dahulu kala yang diamalkan sewaktu Sambutan Majlis Berbuka Puasa pada 11 Mei 2019 |






