Mission News

Iftar Ramadan Bersama Anak-Anak Madarasah Suleimaniyyah di Mexico City

11 March 2025 1 views

Alhamdulillah, Kedutaan Besar Malaysia dengan sokongan PERWAKILAN Mexico City telah mengadakan majlis Iftar Ramadan yang penuh keberkatan bersama anak-anak Madarasah Suleimaniyyah di Coyoacan, Mexico City.

TYT Jamal Sharifuddin Johan dan Puan Aida Mastura Ahmad Nadzri bersama ahli keluarga KBM Mexico City berbesar hati menyantuni pelajar-pelajar madrasah yang dikendalikan oleh United Muslim Association of Mexico (UMAM). Madrasah ini mempunyai sekitar 100 orang pelajar lelaki dan perempuan, yang kebanyakannya merupakan warga tempatan yang berminat mempelajari Islam, walaupun sebahagian daripada mereka masih belum memeluk Islam.

Majlis iftar ini bukan sekadar perkongsian juadah, tetapi juga sebagai tanda persaudaraan dan kasih sayang dalam mengeratkan hubungan sesama umat. PERWAKILAN Mexico City telah menyediakan Nasi Minyak, Daging Kurma, jelatah dan pengat pisang sebagai hidangan berbuka puasa. Semoga acara ini memberi manfaat kepada semua dan menjadi asbab kebaikan serta hidayah bagi mereka yang hadir.

Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT dan kita terus istiqamah dalam menyebarkan kasih sayang Islam di mana sahaja kita berada.

May be an image of 12 people

May be an image of 5 people and text that says "(c) Kembara1 KembaraTV ν"

May be an image of 6 people, people studying and text that says "(C)KembaraTV (C) KembaraT"

May be an image of 6 people and table

May be an image of 3 people and text that says "ISTANBUL İSTANBUL CENT (င) KembaraTV τ"

May be an image of 4 people, drink and table

May be an image of 7 people, table and text that says "(c)KembaraTV (C) KembaraTV"

May be an image of 2 people

 

Share:
Link copied to clipboard
Back