Mission News

JUALAN BAZAR MAKANAN PERWAKILAN MEXICO CITY 13 MAC 2022

29 March 2022 1 views

 

 

Pada 13 Mac 2022, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan Jualan Bazar Makanan bagi memperkenalkan makanan Malaysia di Mexico. Pada masa yang sama juga, ia bertujuan mengutip dana bagi aktiviti-aktiviti Perwakilan Mexico City pada masa hadapan.

 

Jualan Bazar tersebut yang bermula daripada pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 4 petang telah mendapat sambutan yang menggalakkan, bukan sahaja daripada rakyat Malaysia yang bermastautin di Mexico tetapi juga Rakyat tempatan dan kenalan dari Kedutaan-Kedutaan Besar yang lain di Mexico.

 

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi sillaturahim di kalangan kakitangan Kedutaan dan Rakyat Malaysia dan “Friends of Malaysia” di Mexico.

 

 

Disediakan oleh:

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

25 Mac 2022

Ahli-ahli Perwakilan yang berjual sewaktu Jualan Bazar Makanan berlangsung pada 13 Mac 2022

Gambar sekitar Jualan Bazar Makanan pada 13 Mac 2022: Gambar 1

 

 

Gambar sekitar Jualan Bazar Makanan pada 13 Mac 2022: Gambar 2

Gambar sekitar Jualan Bazar Makanan pada 13 Mac 2022: Gambar 3

Gambar sekitar Jualan Bazar Makanan pada 13 Mac 2022: Gambar 4

Gambar sekitar Jualan Bazar Makanan pada 13 Mac 2022: Gambar 5

 

Share:
Link copied to clipboard
Back