Setiap nyawa rakyat Malaysia amat berharga bagi saya, dan Kerajaan MADANI sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa serta mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan perlindungan dan kebajikan mereka sentiasa terjamin.
Kepada Allah SWT kita berserah, semoga mereka sentiasa dilindungi, dipermudahkan urusan dan dipelihara daripada segala bahaya.
Hasbunallahu wa ni‘mal wakil.
