KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PETRONAS PADA 8 DISEMBER 2015
Pada 8hb Disember 2015, delegasi Petronas seramai 6 orang yang diketuai oleh Puan Haslina Abdul Ghani, Pengurus, Pengurusan Sumber Manusia PETRONAS telah membuat kunjungan hormat ke atas TYT Ambassador Mohammad Azhar Mazlan, Duta Besar Malaysia ke Mexico dalam rangka lawatan penilaian (assessment) mereka selama 7 hari ke Mexico mulai 7 hingga 14 Disember 2015.
Dalam kunjungan tersebut, delegasi Petronas telah mengadakan perbincangan dengan TYT Duta Besar dan Encik Mohd. Hafiz Abdul Jalil, Pegawai MATRADE dalam usaha meninjau keperluan dan kemudahan yang ada di Mexico City.
|
Delegasi Petronas bersama HBS Kedutaan. |