Mission News

LAWATAN AHLI PERWAKILAN MEXICO CITY DAN KELUARGA KE MARIPOSA MONARCA, STATE OR MEXICO, 2 JANUARI 2016

29 January 2016 1 views

 

LAWATAN AHLI PERWAKILAN MEXICO CITY DAN KELUARGA KE MARIPOSA MONARCA, STATE OF MEXICO, 2 JANUARI 2016

 

 

Sebagai aktiviti pertama tahun 2016, pada 2 Januari, Perwakilan Mexico City dan  keluarga serta beberapa rakyat Malaysia di Mexico melawat Mariposa Monarca (Monarch Butterfly Biosphere), rizab alam semula jadi meliputi 500 kilometer persegi hutan di barat-tengah Mexico.  Rizab ini merupakan satu tempat tarikan utama pencinta alam pada ketinggian 3000 meter di atas paras laut dan boleh dicapai dengan mendaki bukit atau menaiki kuda di mana penghijrahan tahunan lebih 60 juta rama-rama monarch dari timur Kanada ke Mexico di antara bulan November hingga Mac.

 

Rama-rama monarch menghabiskan lima bulan berkumpul meliputi batang dan dahan pokok seperti selimut oren dan hitam. Setiap kumpulan terdiri daripada beribu-ribu rama-rama menyerupai sarang lebah yang besar.  Rama-rama monarch membiak pada bulan Februari dan Mac, sebelum memulakan perjalanan pulang ke Kanada.

 

Selain menikmati keindahan alam semula jadi berjuta rama-rama berterbangan, lawatan ini telah mengeratkan hubungan silaturahim antara Kedutaan dan rakyat Malaysia di Mexico.

 

 

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

 

20 Januari 2016

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelihatan TYT Duta Besar dan ahli keluarga Perwakilan khusyuk melihat rama-rama di dahan pokok.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kumpulan rama-rama mula keluar dari sarang apabila matahari bersinar.

 

 

 

 

 

 

 

Seekor rama-rama hinggap di tangan.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back