Sempena kehadiran YBhg. Dato´ Sri Muhammad Shahrul Ikram, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (KLN) di Mexico City bagi menghadiri Mesyuarat Rundingan Dua-Hala Malaysia-Mexico dari 8 hingga 9 Julai 2019, YBhg. Dato´ Sri KSU bersama Penolong Pengarah, Bahagian Amerikas, KLN telah turut berkesempatan melawat bangunan Canseri yang baharu yang telah selesai proses perpindahan pada 1 Julai 2019 yang lalu.
Bersempena dengan lawatan tersebut, Kedutaan Besar Malaysia dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sesi jamuan sarapan pagi bersama YBhg. Dato´ Sri KSU pada pagi 9 Julai 2019. TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa sebagai tuan rumah telah menyambut kedatangan YBhg. Dato´ Sri KSU di perkarangan bangunan Kedutaan bersama pegawai-pegawai Kedutaan yang lain.
Satu sesi suai kenal bersama YBhg. Dato´ Sri KSU dan semua kakitangan kedutaan dan ahli keluarga kakitangan telah diadakan sebelum para hadirin dijamu dengan pelbagai juadah makanan Malaysia yang enak seperti Nasi Lemak, Kuih Keria dan Roti Jala.
TYT Ambassador juga turut berkesempatan mengiringi YBhg. Dato´ Sri KSU bagi membuat lawatan tapak dan memeriksa bangunan Canseri yang baharu. Majlis yang diadakan seawal jam 9.00 pagi itu tamat pada pukul 10.30 pagi bagi memberi ruang kesempatan bagi delegasi Malaysia membuat persiapan sebelum menghadiri Mesyuarat Rundingan Dua-Hala Malaysia-Mexico.
Sesungguhnya kehadiran YBhg. Dato´ Sri KSU yang amat dialu-alukan itu telah memberi peluang kepada kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico untuk beramah mesra dan bertukar pandangan dalam ruang medium yang santai. Adalah diharapkan semoga lawatan ini bakal menjadi lawatan pembuka tirai bagi lawatan-lawatan seterusnya YBhg. Dato´ Sri KSU dan pegawai-pegawai Wisma Putra yang lain ke Mexico City.
Kedutaan Besar Malaysia
Mexico City
MEXICO
10 Julai 2019
|
|
| TYT Ambbasador Muzafar Shah Mustafa dan pegawai-pegawai di Kedutaan menyambut kedatangan YBhg. Dato´ Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Cik Thangeswary Paleswaran di bangunan Kedutaan Besar Malaysia yang baharu
|
|
|
| YBhg. Dato´ Sri KSU menandatangani ´Buku Tetamu´ Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico
|
|
|
| Jamuan Sarapan Pagi bersama YBhg. Dato´ Sri KSU dan kakitangan HBS serta LRS dan ahli keluarga Kedutaan
|
|
|
| YBhg. Dato´ Sri KSU meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan LRS di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico
|
|
|
| Gambar kenang-kenangan YBhg. Dato´ Sri KSU bersama TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan keluarga
|
|
|
| TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa mengiringi YBhg. Dato´ Sri KSU sewaktu membuat lawatan tapak dan memeriksa bangunan Canseri yang baharu
|
|
|
| Gambar kenangan seluruh warga kerja Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico dan ahli keluarga bersama YBhg. Dato´ Sri KSU sebelum lawatan berakhir
|






