Mission News

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO, 7 SEPTEMBER 2018

13 September 2018 1 views

 

Satu majlis bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico pada 7 September 2018. Di samping mengukuhkan lagi tali silaturrahim di kalangan warga Malaysia di Mexico City dan kesejahteraan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City secara amnya, Majlis juga diadakan bagi mendoakan Allahyarham Haji Mohamad Adni Haji Mohd Akhir, ayahanda mertua kepada Encik Khaifil Elmi Jamil, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Mexico, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang telah pulang ke Rahmatullah pada 5 September 2018. Duta Besar Malaysia ke Mexico, TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa turut hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyerikan lagi Majlis tersebut.

 

Pada tarikh yang sama juga, pihak Perwakilan Mexico City telah turut mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Iqra´ Al-Quran bagi anak-anak warga Malaysia yang berada di Mexico City. Diharapkan program tersebut dapat diadakan secara berterusan bagi memantapkan lagi sahsiah dan kendiri anak-anak Malaysia agar tidak melupakan asas agama dan jati diri walau di bumi mana mereka berada.

 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak Perwakilan Mexico City.  

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

12 September 2018

 

 

 

TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa bersama keluarga turut meluangkan masa dalam program bacaan Yassin dan tahlil yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico

 

Kakitangan kedutaan dan komuniti warga Malaysia yang hadir dalam Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (gambar 1)

 

Kakitangan kedutaan dan komuniti warga Malaysia yang hadir dalam Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (gambar 2)

 

Program Iqra´ Al Quran bagi anak-anak warga Malaysia yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico

 

Share:
Link copied to clipboard
Back