Alhamdulillah, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City telah menganjurkan majlis iftar bersama rakyat Malaysia di Mexico. Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh kemeriahan ini menjadi peluang bagi kami semua untuk berkumpul, bertukar cerita, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama perantau.
Selepas berbuka puasa dengan juadah istimewa ala Malaysia yang disediakan oleh PERWAKILAN Mexico City—yang sememangnya menggamit kenangan suasana Ramadan di tanah air—para hadirin turut menunaikan solat maghrib dan terawih secara berjemaah.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua, walau di mana pun berada.



