MAJLIS MAKAN MALAM YANG DIHOSKAN OLEH TYT AMBASSADOR MOHAMMAD AZHAR MAZLAN, DUTA BESAR MALAYSIA KE MEXICO UNTUK DELEGASI ICT WISMA PUTRA DAN SYARIKAT TIR DALAM URUSAN PELAKSANAN SKMT DI MALAWAKIL MEXICO CITY
PADA 19 NOVEMBER 2015
Dua pegawai ICT Wisma Putra bersama seorang wakil Syarikat TIR telah mengadakan lawatan kerja ke Malawakil Mexico City bagi kerja-kerja pemasangan, konfigurasi dan latihan Sistem Komunikasi Maklumat Terperingkat (SKMT) dari 16 hingga 20 November 2015.
Selain kerja-kerja pemasangan SKMT, pasukan ICT juga telah membuat pemeriksaan serta perapian sistem perkomputeran Malawakil.
Di kesempatan lawatan tersebut, TYT Ambassador Mohammad Azhar Mazlan telah menghoskan makan malam bersama delegasi tersebut di kediaman rasmi beliau pada 19 November 2015.
|
Gambar Kenangan Selepas Makan Malam.
|