Mission News

Malaysia merakamkan takziah kepada Republik Islam Iran atas kehilangan nyawa pimpinan tertinggi negara

13 April 2026 1 views

Malaysia merakamkan takziah kepada Republik Islam Iran atas kehilangan nyawa pimpinan tertinggi negara itu serta rakyat yang tidak berdosa akibat serangan keji pakatan rejim Israel dan Amerika Syarikat. Serangan terhadap negara berdaulat ini jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran. Tindakan ini adalah pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan negara dan prinsip tantanan dunia.

Malaysia menyeru gencatan senjata tanpa syarat dilaksanakan segera dan semua pihak kembali ke meja rundingan. Prinsip kedaulatan negara dan aturan antarabangsa mesti dihormati dan dipertahankan.

Ketika ini, keutamaan Kerajaan MADANI adalah memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Iran serta negara-negara Asia Barat yang terkesan. Wisma Putra dan kedutaan memantau rapat perkembangan serta menyediakan bantuan konsular dan nasihat perjalanan sewajarnya.

Pada masa sama, Malaysia meneruskan komitmen kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui misi bantuan Sumud Darat. Malaysia kekal konsisten menentang pencerobohan dan menyokong usaha damai demi kestabilan serantau.

FB: <iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FMalaysianEmbassyMexicoCity%2Fposts%2Fpfbid02cdgE5yUfscAe15LxnTYeM7DhyVjjmwaHd6G2CsBqDcpL1nhbGiGZrKMLLZc2StKTl&show_text=true&width=500" width="500" height="250" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>

Share:
Link copied to clipboard
Back