Mission News

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN MEXICO CITY 2021 DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO

14 January 2021 1 views

 

 

PERWAKILAN Mexico City dengan Kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City telah mengadakan Mesyuarat Agung tahunan PERWAKILAN pada hari khamis, 14 Januari 2021 jam 10.00pagi.  Mesyuarat Agung tahunan PERWAKILAN telah dirasmikan oleh TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan dipengerusikan oleh Puan Najwa Zainal. Mesyuarat Agung tahunan PERWAKILAN kali ini diadakan dalam keadaaan sederhana dan mengikut protokol penjarakkan sosial serta langkah-langkah keselamatan seperti memeriksa suhu badan,memakai penutup muka dan penyediaan hand sanitizer” bagi mengekang  jangkitan penularan wabak COVID-19.

 

PERWAKILAN Mexico City mempunyai 5 orang ahli yang diketuai oleh Puan Najwa Zainal selaku pengerusi PERWAKILAN. Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2021, aktiviti-aktiviti yang diketengahkan oleh ahli-ahli PERWAKILAN seperti aktiviti demonstrasi masakan makanan Mexico, mengubah bunga serta pembelanjaran dari segi protokol dan etiket untuk majlis-majlis tertentu. Berdasarkan situasi semasa di Mexico City khususnya, PEWAKILAN bercadang melaksanakan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama ahli-ahli PERWAKILAN sahaja.

 

TYT Ambasssador Muzafar Shah Mustafa telah turut menyampaikan cenderahati kepada semua ahli perwakilan tanda terima kasih bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tahun 2020 sebelum Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Majlis seterusnya diteruskan dengan jamuan tengah hari bersama-sama Kakitangan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Mexico City. Majlis bersurai jam 3.00 petang.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

2 Februari 2021

 

   

 

 

Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Mexico City 2021

 

 

TYT Ambassador Muzafar Shah menyampaikan cenderahati kepada

Puan Najwa Zainal Pengerusi Perwakilan

 

 

 

 

 

 

Bergambar bersama-sama kakitangan pejabat Kedutaan Besar Malaysia Mexico City

 

Share:
Link copied to clipboard
Back