Mission News

NATIONAL DAY 2007

29 December 2007 1 views

Perwakilan Mexico City telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-50 pada hari Khamis, 30 Ogos 2007 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia pada jam 1 – 3 Petang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada pelbagai Kementerian Kerajaan Persekutuan, syarikat-syarikat tempatan dan rakyat Malaysia disamping komuniti Kor Diplomatik. Jumlah tetamu adalah dianggarkan seramai lebih kurang 100 orang. Kebanyakan tetamu yang hadir mengucapkan tanhiah kepada Malaysia di atas ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. 
 
         Sambutan Kemerdekaan ke-50 di Malawakil Mexico City disambut dengan sederhana dan ringkas tetapi meriah. Kawasan taman Kedutaan telah disediakan khemah dan dihias dengan bunga manggar dan bendera-bendera Malaysia yang menunjukkan suasana yang amat patriotik. Lagu-lagu instrumental Malaysia juga dimainkan di sepanjang Majlis tersebut. Pelbagai jenis makanan Malaysia termasuk hidangan sate, nasi beriyani dan mee goreng telah dihidangkan dan ianya telah mendapat sambutan yang amat memuaskan di kalangan tetamu. Seluruh kakitangan dan keluarga HBS dan KAT telah bergotong royong untuk menjayakan Majlis tersebut. Pada keseluruhannya, Majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah. 
Share:
Link copied to clipboard
Back