Mission News

PERJUMPAAN DENGAN WARGA MALAYSIA DI MEXICO DAN MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL UNTUK PEKERJA SAPURA KENCANA YANG MENINGGAL DUNIA DI CAIRO PADA 18 MAC 2

22 March 2019 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City dan warga kerja Sapura Kencana S.V. yang beroperasi di Mexico telah mengadakan Majlis Perjumpaan dengan Warga Malaysia di Mexico dan Bacaan Tahlil dan Yasin di Kedutaan pada 18 Mac 2019. Majlis tersebut diadakan sebagai sesi mengeratkan tali silaturahim sesama rakyat Malaysia di samping perjumpaan suai kenal dengan warga kerja Syarikat Sapura Kencana S.V. yang baru sampai di Mexico. Di kesempatan itu juga, satu Majlis bacaan Tahlil dan Yasin telah diadakan bagi memperingati rakan sekerja dari anak syarikat Sapura Kencana di Mesir yang telah menemui ajal akibat kemalangan. Seramai kira-kira  lima puluh (50) orang warga Malaysia di Mexico City telah menyertai program tersebut. Ia turut diserikan dengan kehadiran TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan Puan Najwa Zainal sebagai tetamu kehormat selain daripada kehadiran wakil-wakil kakitangan Kedutaan pada hari tersebut.

 

Program yang bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir kira-kira jam 4.00 petang turut dimeriahkan dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Perwakilan Mexico City dan rakan-rakan daripada Sapura Kencana S.V.

 

Adalah diharapkan agar program seumpama ini akan dapat diadakan dengan lebih banyak lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara pihak Kedutaan dan semua warga Malaysia yang bermastautin di Mexico, khususnya Mexico City.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

19 Mac 2019

 

 

 

 

Bacaan Tahlil dan Yasin yang diadakan bagi memperingati pekerja anak syarikat Sapura yang meninggal dunia di Cairo, Mesir pada 17 Mac 2019. Al-Fatihah.

 

Antara warga Malaysia yang hadir sewaktu perjumpaan di Kedutaan pada 18 Mac 2019

 

Share:
Link copied to clipboard
Back