Mission News

PROGRAM “ASEAN BAZAAR” DI KEDUTAAN BESAR INDONESIA DI MEXICO CITY, MEXICO PADA 7 DISEMBER 2019

09 December 2019 1 views

PROGRAM “ASEAN BAZAAR”

DI KEDUTAAN BESAR INDONESIA DI MEXICO CITY, MEXICO

PADA 7 DISEMBER 2019

 

 

Pada 7 Disember 2019, Kumpulan Kerja ASEAN Komiti di Mexico City (ASEAN Committee in Mexico City Working Group - ACMC WG) telah mengadakan program tahunan ASEAN Bazaar di Kedutaan Besar Indonesia di Mexico City. Seramai kira-kira 500 orang warga tempatan dan warga diaspora ASEAN telah mengunjungi ASEAN Bazaar yang bermula dari pukul 11 pagi hingga 6 petang.

 

Di pihak Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah menyediakan jualan makanan Malaysia seperti Nasi Lemak, Bihun Goreng, Satay, Pisang Goreng, Laksa, Briani Kambing dan juadah kuih muih tradisional. Perwakilan Mexico City juga telah menyediakan dua persembahan sempena ASEAN Bazaar iaitu tarian joget dan sketsa perkahwinan Melayu yang dipersembahkan oleh anak-anak warga Malaysia di bawah tunjuk ajar Puan Nor Syahira Bohari. TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa bersama keluarga juga telah sudi meluangkan masa di ASEAN Bazaar sepanjang program berlangsung.

 

Program ASEAN Bazaar tersebut telah dirasmikan oleh Ambassador Cheppy T. Wartono dari Kedutaan Besar Indonesia di Mexico City disusuli dengan paluan gong daripada Ambassador Cheppy dan Duta Besar- Duta Besar ASEAN (Malaysia dan Vietnam) serta wakil dari Kedutaan Besar Thailand dan Filipina di Mexico City. Selain daripada jualan makanan dan cenderahati daripada semua Kedutaan ASEAN di Mexico City, program ASEAN Bazaar juga diserikan dengan persembahan daripada semua Kedutaan ASEAN dan cabutan tiket bertuah.

 

Secara umumnya, ASEAN Bazaar telah berjaya menonjolkan budaya dan makanan tradisional ASEAN di kalangan warga tempatan. Ia juga berjaya menonjolkan solidariti ASEAN dalam mempromosikan ASEAN di Mexico. Program ASEAN Bazaar juga merupakan acara penutup Tahunan di bawah kepengerusian ASEAN di Mexico oleh Indonesia sebelum Malaysia menyandang kepengerusian ASEAN di Mexico City bagi sesi separuh penggal pertama tahun 2020.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

9 Disember 2019

 

 

 

Ambassador Cheppy T. Wartono dari Kedutaan Besar Indonesia di Mexico City sedang merasmikan program ASEAN Bazaar pada 7 Disember 2019

 

TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa membuat pukulan gong sebelum program ASEAN Bazaar dibuka secara rasminya. Semua Duta Besar – Duta Besar dan wakil ASEAN diberikan penghormatan bagi memukul gong

Duta Besar Malaysia, Duta Besar Indonesia, Duta Besar Vietnam, Charge d´affaire Thailand dan wakil Filipina bergambar kenangan di ASEAN Bazaar

Persembahan pertama tarian joget oleh anak-anak Malaysia – Gambar 1

Persembahan pertama tarian joget oleh anak-anak Malaysia – Gambar 2

 

Persembahan kedua sketsa perkahwinan Melayu – Gambar 1

Persembahan kedua sketsa perkahwinan Melayu – Gambar 2

 

 

Perwakilan Mexico City sedang meletakkan juadah-juadah yang akan dijual kepada tetamu yang datang di ASEAN Bazaar – Gambar 1

Perwakilan Mexico City sedang menyediakan set juadah satay untuk dijual kepada pelanggan – Gambar 2

Gerai Malaysia di ASEAN Bazaar – Gambar 3

Anak-anak Malaysia yang terlibat dalam persembahan di ASEAN Bazaar bersama jurulatih tarian dan jurusolek, Puan Nor Syahira Bohari dan Puan Shaliza Ramli

 

Share:
Link copied to clipboard
Back