SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-62
DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO
PADA 31 OGOS 2019
Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-62 di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico pada 31 Ogos 2019. Seramai kira-kira seratus (100) orang warga Malaysia dan di Mexico City telah menyertai program tersebut. Majlis turut dihadiri oleh kakitangan Kedutaan (Home-Based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan) bagi menyerikan lagi sambutan kemerdekaan.
Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-62 di Mexico City dimulakan dengan Bacaan Doa sebelum upacara menaikkan bendera dengan diiringi nyanyian lagu “Negaraku” serta ikrar kemerdekaan diadakan. Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan perutusan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-62 YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah dibacakan oleh Encik Norafizan Mustaffa selaku chargé d'affaires mewakili TYT Duta Besar Malaysia di Mexico.
Kedutaan Besar Malaysia di Mexico juga turut mengadakan persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia oleh anak-anak warga Malaysia yang bermastautin di Mexico. Pihak Perwakilan Mexico City turut menyediakan jamuan istimewa kepada semua tetamu yang hadir.
Semoga aktiviti sambutan hari Kemerdekaan di perantauan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menanam semangat patriotik dan cintakan negara kepada semua warga Malaysia walau di mana mereka berada.
Kedutaan Besar Malaysia
Mexico City
MEXICO
23 Ogos 2019
|
|
| Foto kenangan sebahagian warga Malaysia dan kakitangan Kedutaan yang hadir bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 pada 31 Ogos 2019 |
|
|
| Acara menaikkan Bendera yang disusuli oleh Bacaan Ikrar oleh Adik Amjad, Adik Aidil dan Adik Afiq |
|
|
| Para tetamu turut sama menyanyikan lagu Negaraku sewaktu Bendera Malaysia dinaikkan |
|
|
| |
|
|
| Nyanyian lagu-lagu Patriotik Malaysia oleh anak-anak warga Malaysia di Mexico – Gambar 1 |
|
|
| Nyanyian lagu-lagu Patriotik Malaysia oleh anak-anak warga Malaysia di Mexico – Gambar 2 |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 1 |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 2 |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 3 |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 4 |



Encik Norafizan Mustaffa membacakan Perutusan YAB Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-62




