Mission News

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-63 DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO

30 August 2020 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico pada 31 Ogos 2020. Dalam melestarikan norma baharu, sambutan Majlis ini diadakan dalam keadaan yang sederhana dan mengikut protokol penjarakan sosial serta langkah-langkah keselamatan seperti ujian suhu sebelum memasuki premis bangunan Canseri, pemakaian penutup muka dan penyediaan “hand sanitizer” bagi mengekang jangkitan penularan wabak COVID-19.

 

Seramai kira-kira tiga puluh lima (35) orang warga Malaysia termasuk kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico (Home-Based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan) telah menyertai program tersebut yang bermula dari jam 10.30 pagi.

 

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di Mexico City dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan pembukaan dan bacaan perutusan khas Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 YAB Perdana Menteri yang telah dibacakan oleh TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Mexico juga turut mengadakan persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia oleh para hadirin. Pihak Perwakilan Mexico City turut menyediakan jamuan istimewa kepada semua tetamu yang hadir. Majlis bersurai pada pukul 2 petang.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

2 September 2020

 

Foto kenangan warga Malaysia dan kakitangan Kedutaan yang hadir bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 pda 31 Ogos 2019

TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa sewaktu memberikan ucapan alu-aluan dan bacaan perutusan khas Hari Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri

 

 

Kakitangan Kedutaan (termasuk agensi MATRADE) di atas pentas bagi menyanyikan lagu-lagu patriotik

Sebahagian warga Malaysia yang hadir sewaktu menyanyikan lagu-lagu patriotik Malaysia (gambar 1)

Sebahagian warga Malaysia yang hadir sewaktu menyanyikan lagu-lagu patriotik Malaysia (gambar 2)

Penjarakan sosial dan pemakaian penutup muka sewaktu majlis diadakan

Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 1

Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 2

 

Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 3

TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan Puan Najwa Zainal bersama-sama kakitangan HBS dan agensi MATRADE dan keluaga

 

Share:
Link copied to clipboard
Back