Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico pada 4 September 2021. Sambutan Majlis ini diadakan dalam keadaan yang sederhana dan mengikut protokol penjarakkan sosial serta langkah-langkah keselamatan bagi mengekang pandemik Covid-19 seperti ujian suhu sebelum memasuki premis bangunan Canseri, pemakaian penutup muka dan penyediaan “hand sanitizer”.
Seramai kira-kira tiga puluh lima (35) orang warga Malaysia termasuk kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico (Home-Based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan) telah menyertai program tersebut yang bermula dari jam 10.30 pagi.
Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-64 di Mexico City dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan pembukaan dan bacaan perutusan khas Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-64 YAB Perdana Menteri oleh TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa. Acara penyampaian hadiah oleh TYT Ambassador kepada anak- anak HBS turut diadakan sempena penganjuran pertadingan sukan rakyat sempena Hari Kemerdekaan yang telah diadakan pada 30 Julai 2021. Bagi memeriahkan acara, terdapat sesi nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia dan persembahan syair.
Pihak Perwakilan Mexico City turut menyediakan jamuan istimewa kepada semua tetamu yang hadir. Majlis bersurai pada pukul 2 petang.
Kedutaan Besar Malaysia
Mexico City
MEXICO
1 October 2021
|
|
| TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa sewaktu memberikan ucapan alu-aluan dan bacaan perutusan khas Hari Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri |
|
|
| Kakitangan Kedutaan (termasuk agensi MATRADE) di atas pentas bagi menyanyikan lagu-lagu patriotic
|
|
|
| Sebahagian warga Malaysia yang hadir sewaktu menyanyikan lagu-lagu patriotik Malaysia |
|
|
| Penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukan rakyat |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia - |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia |
|
|
| Sekitar Jamuan Hari Kemerdekaan di Kedutaan Besar Malaysia |







