Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI TAMAN CHAPULTEPEC II MEXICO CITY, MEXICO AKTIVITI SENAMAN SENAMROBIK DAN BRISK WALK PADA 9 OKTOBER 2021

14 October 2021 1 views

Bersempena dengan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 yang diadakan di peringkat Nasional pada 9 Oktober 2021, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara di Mexico City, Mexico bertempat di Taman Chapultepec II, Mexico City, Mexico. Seramai kira-kira 50 orang warga Malaysia termasuk kakitangan Kedutaan telah menyertai program ini. Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa dan keluarga.

 

Sambutan Hari Sukan Negara di Mexico City bertujuan menyambut seruan dan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Sukan” atau “Sporting Nation” berdasarkan Visi Sukan Negara 2030, sambutan Hari Sukan Negara di Mexico City. Selain daripada itu, ia bertujuan mengeratkan lagi semangat kerjasama dan berpasukan antara kakitangan Kedutaan dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Mexico, khususnya di Mexico City.

 

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan sekali gus merasmikan Hari Sukan Negara 2021 di Mexico City, Mexico. Seterusnya, aktiviti dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diikuti dengan senamrobik yang diketuai oleh ahli Perwakilan Mexico City, Puan Nor Syahira Bohari. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti “brisk-walk” dan aktiviti santai lain secara terbuka seperti permainan sepak raga dan bola sepak.

 

Pada masa yang sama juga, pihak Perwakilan Mexico City turut menyediakan juadah sarapan pagi iaitu nasi lemak dan juadah kuih muih ringan. Program bersurai kira-kira jam 1 petang.

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

13 Oktober 2021

 

 

 

 

 

 

Kakitangan Kedutaan dan sebahagian warga Malaysia yang berkumpul awal di Taman Chapultepec II Mexico sebelum aktiviti senamrobik dimulakan

 

Senamrobik dimulakan diketuai oleh Puan Nor Syahira Bohari

 

Sekitar Majlis Hari Sukan Negara

Sekitar Majlis Hari Sukan Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekitar Majlis Hari Sukan Negara

Sekitar Majlis Hari Sukan Negara

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back