Mission News

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA

26 August 2019 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico pada 11 Ogos 2019. Seramai kira-kira  lapan puluh (80) orang warga Malaysia dan di Mexico City telah menyertai program tersebut. Majlis turut dihadiri oleh kakitangan Kedutaan dan keluarga mereka bagi menyerikan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha di perantauan.

 

Sambutan hari raya di Mexico City dimulakan dengan takbir malam hari raya pada 10 Ogos 2019 disusuli keesokan harinya dengan Solat Hari Raya Aidilada yang dipimpin oleh Saudara Farhan daripada Syarikat PC Carigali Mexico Operaciones S.A. de C.V. Mexico, anak syarikat Petronas di luar negara. Majlis turut diserikan dengan ucapan Hari Raya daripada Encik Norafizan Mustaffa, charge d'affaires Kedutaan bagi mewakili Duta Besar Malaysia di Mexico City.

 

Di hari yang mulia itu juga, pihak Perwakilan Mexico City dan rakan-rakan warga Malaysia telah menyediakan juadah istimewa hari raya kepada semua hadirin. Selain daripada dapat menghilangkan rasa rindu beraya di perantauan, ia juga menjadi platform bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara pihak Kedutaan dan semua warga Malaysia yang bermastautin di Mexico, khususnya Mexico City.

 

Selamat Hari Raya Aidiladha 2019 kepada semua!

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

22 Ogos 2019

 

 

 

Foto kenangan Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico serta keluarga dan warga Malaysia yang sempat dirakam sewaktu sambutan majlis Hari Raya Aidiladha pada 11 Ogos 2019

Saudara Farhan sewaktu memberikan khutbah Hari Raya Aidiladha

 

 

Antara Jemaah muslimat yang hadir pada malam Hari Raya Aidiladha

Encik Norafizan Mustaffa, charge d'affaires Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City sewaktu memberikan ucapan selamat hari raya kepada warga Malaysia

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 1

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 2

 

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 3

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia – Gambar 4

 

Share:
Link copied to clipboard
Back