Mission News

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO PADA 20 Julai 2021

11 August 2021 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico pada 20 Julai 2021. Seramai kira-kira  enam puluh (60) orang warga Malaysia dan di Mexico City termasuk kakitangan Kedutaan dan keluarga mereka telah menyertai program tersebut. Memandangkan situasi semasa Covid-19 pandemik di Mexico yang masih dalam keadaan berjaga-jaga, sambutan Hari Raya pada tahun 2021 juga dilakukan mengikut langkah-langkah keselamatan seperti pemeriksaan suhu dan penggunaan pembersih tangan alkohol, penjarakkan sosial serta pemakaian penutup muka.

 

Sambutan hari raya di Mexico City dimulakan dengan takbir hari raya dengan Solat Hari Raya Aidilada yang dipimpin oleh TYT Ambassador Muzafar Shah, Duta Besar Malaysia di Mexico. Sambutan Hari Raya Aidiladha diteruskan dengan Jamuan Hari Raya seperti lemang, rendang, nasi minyak, kuah kacang dan pelbagai juadah lain untuk semua warga Malaysia yang memeriahkan acara sambutan hari raya di Kedutaan.

 

Alhamdulillah, selain daripada dapat menghilangkan rasa rindu beraya di perantauan, ia juga menjadi platform bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara pihak Kedutaan dan semua warga Malaysia yang bermastautin di Mexico, khususnya Mexico City.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

20 Julai 2021


 

 

Persediaan Hari Raya di Kedutaan pada 20 Julai 2021

Juadah yang disediakan oleh Perwakilan Mexico City

 

 

TYT Ambassador Muzafar Shah membacakan ktubah untuk solat Hari Raya Aidiladha

Puan Najwa Zainal dan para tetamu yang hadir

Tetamu-tetamu yang hadir

 

Share:
Link copied to clipboard
Back