Mission News

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI DAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN TAHUN 2021 DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY, MEXICO

12 May 2021 1 views

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico dengan kerjasama Perwakilan Mexico City telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021 bertempat di bangunan Canseri pada 13 Mei 2021. Dalam melestarikan norma baharu dalam situasi Covid-19 di Mexico, sambutan Majlis ini diadakan dalam keadaan yang cukup sederhana dan mengikut protokol penjarakan sosial serta langkah-langkah keselamatan seperti ujian suhu sebelum memasuki premis bangunan Canseri, pemakaian penutup muka dan penyediaan “hand sanitizer” bagi mengekang jangkitan penularan wabak COVID-19. Program sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri tersebut telah diserikan dengan kehadiran TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa seisi keluarga,

 

Seramai kira-kira lima puluh (50) orang warga Malaysia termasuk kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Mexico (Home-Based Staff dan Kakitangan Ambilan Tempatan serta pekerja-pekerja daripada syarikat pembersihan Kedutaan) telah menyertai program tersebut yang bermula dari jam 10.00 pagi. Acara dimulakan dengan sesi takbir Hari Raya sebelum diteruskan dengan program Solat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah.

 

Program kemudian diteruskan dengan jamuan makanan tradisional seperti lemang, rendang, laksa, sate, nasi minyak dan pelbagai juadah lazat yang lain. Dalam memeriahkan lagi suasana hari raya di perantauan, sesi pemberian “duit hari raya” kepada anak-anak Malaysia di Mexico turut diadakan. Majlis bersurai pada kira-kira jam 3.00 petang.

 

Untuk makluman juga, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City turut mengadakan aktiviti Berbuka Puasa dan Solat Tarawih pada setiap hari Sabtu dan aktiviti Solat Tarawih secara berjemaah pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Program tersebut turut terbuka kepada semua warga Malaysia yang menetap di Mexico, khususnya di Mexico City dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua.

 

Pada masa yang sama juga, pihak Kedutaan Besar Malaysia dengan kerjasama Perwakilan mexico City juga telah mengadakan CSR aktiviti menyediakan juadah makanan berbuka puasa pada 30 April 2021 ke Pusat Pembelajaran Komuniti Muslim (Centro Educativo de la Comunidad Musumalna) yang telah dijadikan sebagai masjid di Mexico City.

 

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Mexico City

MEXICO

 

18 Mei 2021

Kakitangan Kedutaan dan warga Malaysia sewaktu jamuan berbuka puasa dan Solat Tarawih yang diadakan pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan Ramadhan 2021

Program CSR menyediakan jamuan berbuka puasa kepada pengunjung masjid di Centro Educativo de la Comunidad Musumalna pada 30 April 2021

 

 

Kakitangan Kedutaan dan Perwakilan Mexico City sewaktu meletakkan makanan yang telah disediakan ke dalam van sebelum disedekahkan kepada masjid

Acara bacaan takbir di pagi raya pada 13 Mei 2021

TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa membacakan khutbah Hari Raya Aidilfitri selepas usai solat hari raya secara berjemaah

Puan Najwa Zainal dan juadah Hari Raya yang disediakan bagi meraikan warga Malaysia di Mexico

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri – Gambar 1

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri – Gambar 2

 

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri – Gambar 3

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri – Gambar 4

 

Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri – Gambar 5

Antara juadah sempena Hari Raya Aidilfitri 2021

TYT Ambassador Muzafar Shah Mustafa bersama kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Mexico (HBS dan LRS)

Gambar Foto Kenangan warga HBS Kedutaan Besar Malaysia di Mexico dan keluarga

 

Share:
Link copied to clipboard
Back